Friday, March 16, 2012

Filem 7 Petala Cinta Buat Diana Amir Terdetik Untuk Bertudung


Ketika mula penggambaran filem ini pada awal tahun lepas, saya belum mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Namun selepas menjalani penggambaran filem itu, saya mula selesa dan tergerak hati untuk berhijrah. Saya ada menyatakan hasrat tersebut kepada Azahari (pengarah) dan dia pun memberi respon yang baik walaupun agak terkejut pada mulanya. Walaubagaimanapun,selepas habis penggambaran filem tersebut, saya masih lagi belum berhijrah sepenuhnya sehinggalah saya benar-benar bersedia pada September tahun lalu.
Siapa sangka daripada sekadar lakonan sahaja berjaya menggerakan hati Diana Amir untuk memakai tudung sepenuhnya. Kalau boleh selepas ini pengarah dan penerbit filem banyakkanlah lagi watak wanita bertudung. Mungkin daripada situ nanti ada kesannya